TUNIS: Syarikat penerbangan Dubai, Emirates menghentikan operasinya ke Tunisia, selepas negara Afrika Utara itu melarang pesawat syarikat yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu terbang ke negaranya.
Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Kerajaan Tunisia mendakwa, UAE mengenakan larangan terhadap wanita dari Tunisia daripada menaiki penerbangan atau transit di negara itu.
Berikutan itu, Emirates dalam mesej di Twitter memaklumkan akan menghentikan penerbangan bagi laluan Dubai-Tunis mulai hari ini, susulan arahan yang dikeluarkan oleh Tunisia.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Tunisia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan Emirates akan digantung sehingga syarikat penerbangan berkenaan menangani isu operasinya sesuai dengan undang-undang dan perjanjian antarabangsa.
Menteri Hal Ehwal Luar Negara UAE, Anwar Gargash dalam mesej di Twitter berkata, kedua-dua negara sedang mengadakan perbincangan berhubung maklumat keselamatan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Anwar berkata, UAE juga amat menghormati dan menghargai wanita Tunisia. - Reuters
Sumber Isu wanita punca Emirates henti operasi ke Tunisia
0 Response to "Isu wanita punca Emirates henti operasi ke Tunisia"
Post a Comment