Isu Cikgu Azizan: Keluarga, murid trauma diugut bunuh

Mahkamah melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap (tengah) daripada tuduhan mencederakan muridnya, 19 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Rima NilzahMahkamah melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap (tengah) daripada tuduhan mencederakan muridnya, 19 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Rima NilzahSEREMBAN, 22 Dis ― Ibu bapa kes murid yang didakwa ditampar Cikgu Azizan telah diugut bunuh pengguna media soal, kata timbalan menteri pendidikan.

Datuk Chong Sin Woon percaya ugutan terbabit dibuat  kerana mereka tidak mengetahui insiden itu yang sebenar, lapor mStar Online.

“Ibu bapa dan kanak-kanak itu trauma disebabkan insiden tersebut dan kini menerima ugutan bunuh,” katanya selepas menemui mereka di Nilai.

Beliau turut menemui kedua-dua pihak secara berasingan dan menyimpulkan bahawa mereka enggan memanjang “episod hitam” itu dan bergerak ke depan.

“Mereka juga meminta tempoh bertenang dan mahu melangkah ke hadapan,” katanya, yang sedang mengatur pertemuan dua pihak itu dalam masa terdekat.

Selasa lalu, Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, yang didakwa mencederakan muridnya yang berusia 11 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di perhimpunan Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, pada 6 April lalu, jam 7 pagi.



Sumber Isu Cikgu Azizan: Keluarga, murid trauma diugut bunuh

Related Posts :

0 Response to "Isu Cikgu Azizan: Keluarga, murid trauma diugut bunuh"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect