Ini Padahnya Bila Tak Takut Mati

Memiliki sikap yang berani dalam membuat aksi berbahaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tak semua orang mampu mengambil risiko dengan memanjat bangunan pencakar langit tanpa alat keselamatan.

Seorang ‘pemanjat bumbung pertama di China’ dikatakan telah meninggal dunia namun tidak diketahui puncanya.

BACA: Anak Mati, Organ Dalaman Hilang?

Sumber dari nextshark.com

Teman wanita lelaki bernama Yong Zhu itu memaklumkan perkara itu melalui Weibo bahawa Zhu meninggal dunia 8 November lalu.

Sebelum ini, Zhu terkenal dengan aksi berani memanjat bangunan tinggi sambil mengambil gambar dan video untuk diletakkan di akaun laman sosial miliknya.

Sumber dari nextshark.com

Difahamkan dia melakukan aksi berani itu kerana mahu mencari dana untuk membayar bil perubatan ibunya yang sedang sakit.

Namun, baru-baru ini akaun Zhu dikatakan sudah lama tidak aktif hingga menimbulkan spekulasi bahawa dia telah meninggal dunia.

Sumber dari nextshark.com

Ternyata spekulasi itu tepat apabila teman wanita Zhu memaklumkan kematiannya. Tetapi, dia tak memberitahu secara terperinci mengenai punca kematian Zhu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Masuk Pertandingan Makan, Mati Tercekik
Tipu Kata Suami Dah Mati

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?

Related Posts :

0 Response to "Ini Padahnya Bila Tak Takut Mati"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect