“Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media saya cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja,” katanya menerusi pesanan WhatsApp.
Namun, Indah masih merahsiakan mengenai identiti bakal suaminya.
“Buat masa sekarang, saya masih perlu rahsiakan. Tapi, saya akan kongsikan nama serta gambar selepas majlis pernikahan kami selesai,” katanya.
Tambah Indah, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya sebaliknya, menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.
“Saya mahu jelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Indah sebelum ini pernah bertunang dengan lelaki dikenali panggilan R selama empat tahun namun berpisah.
Sumber Indah nak kahwin, suami rahsia
0 Response to "Indah nak kahwin, suami rahsia"
Post a Comment