Seorang gadis yang melahirkan bayi di bilik air rumahnya dibawa ke Hospital Bintulu akibat pendarahan serius. — Paparan skrin GoogleBINTULU, 24 Dis — Seorang gadis yang dirogol bapa tirinya sejak kecil, membuang bayi yang masih hidup ke dalam tong sampah depan rumahnya.
Gadis, 15 tahun, memotong tali pusat bayinya ketika bersalin seorang diri di bilik air, sebelum membungkusnya bayi dalam kain sekitar jam 8.30 pagi, Jumaat lalu, lapor Berita Harian.
Ketua polis daerah Bintulu berkata bayi itu ditinggal sekitar 13 jam dalam tong sampah sebelum ditemui mati di luar rumah gadis tersebut, di Tanjung Kidurong, di sini.
Supt Zulkipli Suhaili berkata gadis itu melahirkan bayi tersebut akibat dirogol bapa tirinya, warga asing, sejak enam tahun lalu, ketika mangsa berusia sembilan tahun.
Beliau berkata kakak gadis itu mengesyaki sesuatu apabila menyedari adiknya, yang memberi alasan haid, mengalami pendarahan serius.
"Pendarahan berlarutan menyebabkan kakaknya membawa [adiknya] ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut sehingga membawa kepada pembongkaran kes pembuangan bayi lelaki dalam tong sampah," katanya.
Zulkifi berkata polis masih mengesan bapa tiri gadis itu, usia 50 tahun, untuk siasatan kes bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber Gadis dirogol buang bayi hidup 13 jam di tong sampah
0 Response to "Gadis dirogol buang bayi hidup 13 jam di tong sampah"
Post a Comment