Penyanyi terkenal, Elyana yang juga pesakit kanser limfoma tahap empat tidak menafikan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas penyakit yang dialami dirinya.
Mengelak dirinya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan dan membuat keuntungan atas dirinya, Elyana bersyukur sehingga kini dia belum menjadi mangsa keadaan.
“Memang ada mereka yang menggunakan nama saya kononnya untuk menjual produk mereka. Kononnya saya menggunakan produk tersebut. Saya tidak mahu perkara ini terjadi sehingga menimbulkan kekeliruan yang akhirnya saya juga terpaksa jelaskan.
“Melalui laman Instagram saya jug, sudah saya nyatakan siapa mereka yang benar-benar tahu mengenai penyakit saya. Selain keluarga ada juga beberapa orang rakan yang selama ini banyak membantu. Maknanya mereka ini sahaja yang boleh dipercayai jika bercakap mengenai penyakit saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis solat hajat anjuran kelab peminatnya, Elyana Official Fan Clubs di sini, malam tadi.
Elyana mendedahkan dia menghidap kanser limfoma sebaiknya namanya diumumkan tersingkir dalam konsert mingguan Gegar Vaganza (GV) musim keempat dua minggu lalu.
Sementara itu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,30, memberitahu, sepanjang tujuh tahun merahsiakan penyakitnya itu, banyak spekulasi kurang benar mengenai dirinya diperkatakan.
“Memang saya tahu bila saya tidak begitu aktif ada pihak yang melemparkan pelbagai telahan yang tidak benar. Kononnya saya sombong, ada masalah rumah tangga dan macam- macam lagi.
“Di sini saya mahu nyatakan saya maafkan mereka di luar sana yang selama ini tidak tahu dan membuat andaian begitu,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu lagi.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Elyana mengaku ada pihak ambil kesempatan guna namanya kaut keuntungan, kononnya menggunakan produk tersebut
0 Response to "Elyana mengaku ada pihak ambil kesempatan guna namanya kaut keuntungan, kononnya menggunakan produk tersebut"
Post a Comment