Pengarah filem Erma Fatima menyokong tindakan guru menghukum pelajar jika mempunyai masalah displin, tetapi jangan melampau. — Foto oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 26 Dis ― Pengarah filem Erma Fatima menyokong tindakan guru menghukum pelajarnya jika mempunyai masalah displin.
Namun beliau tidak bersetuju jika guru itu “melampau” dalam menghukum sehingga murid itu “cedera parah”, lapor Sinar Harian.
“Tapi kalau anak kita dah macam ‘syaitan’, dah tegur, dah marah tapi masih tak jalan, siapa lagi nak hukum dia? katanya.
“Anak kita di sekolah, gurulah yang jadi mak dan ayah. Kalau guru pun buat tak endah, nak didik macam mana?
“Orang kata, nak tengok apa jadi kepada negara kita kelak, tengok anak-anak kita sekarang.”
Erma, nama glamor Fatimah Rahmad turut mengimbau sejarah pernah dirotan di sekolah dan ketika mengaji Al-Quran sewaktu kanak-kanak.
Penerbit dan pelakon yang terkenal panggilan ‘Mak Cun’ itu juga berkata ibunya sendiri membekalkan rotan kepada guru agama yang garang itu.
Malah ibunya juga pernah berpesan kepada pengarah filem Rozana Cinta ‘87, Nasir Jani supaya memukul Erma jika dia nakal, tambahnya.
Pada 19 Disember lalu, Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, yang didakwa mencederakan muridnya berusia 11 tahun.
Selepas dibebaskan, Cikgu Azizan memaafkan anak murid itu dan keluarganya selain tidak berdendam dengan sesiapa.
Sumber Dulu pernah dirotan, Erma Fatima sokong guru hukum murid
0 Response to "Dulu pernah dirotan, Erma Fatima sokong guru hukum murid"
Post a Comment