Dua pegawai SPRM ditahan JAIS di sebuah kondominium

PETALING JAYA: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan di sebuah kondominium di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi Sabtu.

Sumber SPRM berkata, pihaknya maklum mengenai dua pegawainya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada mStar Online, sumber Jais mengesahkan mengenai satu tangkapan dalam operasi penguatkuasaannya di Seri Kembangan pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Operasi melibatkan empat pegawai penguatkuasaan Jais. 

Dua pegawai SPRM ditahan JAIS di sebuah kondominium

Dua pegawai SPRM ditahan JAIS di sebuah kondominium

“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan mengenai kedua-dua individu yang ditahan,” katanya ketika ditanya sama ada dua yang ditahan merupakan pegawai SPRM.

Sumber Jais menambah, kenyataan media berhubung tangkapan akan dikeluarkan kemudian.

Difahamkan, kedua-dua pegawai SPRM itu ditahan kerana disyaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah unit di kondominium di Taman Equine, Seri Kembangan. 

Turut difahamkan, lelaki yang ditahan adalah pengarah di salah satu bahagian SPRM, manakala pasangannya bertugas di bahagian yang mengendalikan urusan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Sumber: Mstar



Sumber Dua pegawai SPRM ditahan JAIS di sebuah kondominium

Related Posts :

0 Response to "Dua pegawai SPRM ditahan JAIS di sebuah kondominium"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect