Cuaca cerah, penduduk sibuk bersihkan sisa banjir

Hasnah Hassan, 56, dan anak saudaranya Arif Ashraf Othman, 18, yang membantu membersihkan rumah setelah keadaan banjir mulai surut dan tidak hujan sejak awal pagi di Kampung Kubang Rambutan hari ini. — Foto BernamaHasnah Hassan, 56, dan anak saudaranya Arif Ashraf Othman, 18, yang membantu membersihkan rumah setelah keadaan banjir mulai surut dan tidak hujan sejak awal pagi di Kampung Kubang Rambutan hari ini. — Foto BernamaTANAH MERAH, 4 Dis — Banjir di Kelantan kian pulih berikutan cuaca cerah sejak dua hari lepas lalu menyaksikan ramai mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan mangsa sibuk melakukan kerja-kerja membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi kotoran khususnya lumpur dan membasuh pakaian serta barangan lain yang ditenggelami air..

Seorang mangsa Nor Raida Mustapha, 36, berkata dia meninggalkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang, di sini petang semalam selepas dimaklumkan banjir  di kawasan rumahnya mulai surut.

“Balik sahaja ke rumah saya terus bersihkan kesan lumpur kerana kalau lambat susah untuk  hilangkan lumpur yang dah kering,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Nor Raida berkata tindakan awal menyimpan peralatan di tempat tinggi dapat menyelamatkan banyak  barangnya daripada rosak ditenggelami air.

Seorang penduduk di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang, Hasnah Hassan, 56, ketika ditemui berkata paras air mula surut di kawasan rumahnya pagi ini.

“Ruang tamu rumah saya air naik hingga paras dada, banyak juga barang rosak termasuk karpet penuh  dengan lumpur,” katanya yang tidak sempat memindahkan perabot dan barangan lain berikutan banjir berlaku pantas.

Hasil tinjauan itu juga mendapati ramai penduduk khususnya di kawasan rendah masih berwaspada  dengan kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua berikutan musim tengkujuh sekarang dijangka berlarutan hingga Mac depan.—Bernama



Sumber Cuaca cerah, penduduk sibuk bersihkan sisa banjir

Related Posts :

0 Response to "Cuaca cerah, penduduk sibuk bersihkan sisa banjir"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect