Budak perempuan tingkatan 4 dilaporkan hilang kantoi lari ikut ‘balak’, rupanya dah 3 kali lari ikut teman lelaki ke KL

REMAJA perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas motosikal ditunggangnya ditemui polis dekat kawasan estet di Yong Peng Johor 9.30 pagi semalam, disahkan selamat dan berada di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, bapa pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng itu dalam perjalanan ke ibu negara bagi mengambil anak sulung daripada empat beradik itu.

“Kes ini dianggap selesai dan berdasarkan rekod remaja berkenaan sudah melakukan perbuatan ini untuk kali ketiga dan mengikuti teman lelakinya ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, remaja berkenaan dilaporkan hilang selepas motosikal ditungganginya ditemui polis berhampiran kawasan estet di Yong Peng, Johor kira-kira 9.30 pagi semalam.

Bapa remaja berkenaan, Haslan Hamidan, 45, berkata, polis menelefonnya memaklumkan penemuan itu termasuk kunci motosikalnya dan diari milik anaknya itu, Nur A€’liyah.

Beliau berkata, rakan-rakan di tempat kerjanya anaknya memberitahu Alia atau dipanggil Along dalam kalangan keluarga mengadu berasa diekori beberapa hari sebelum kejadian.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Budak perempuan tingkatan 4 dilaporkan hilang kantoi lari ikut ‘balak’, rupanya dah 3 kali lari ikut teman lelaki ke KL

Related Posts :

0 Response to "Budak perempuan tingkatan 4 dilaporkan hilang kantoi lari ikut ‘balak’, rupanya dah 3 kali lari ikut teman lelaki ke KL"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect