“Beg mayat bergerak-gerak” – Hospital pecat 2 doktor yang silap isytihar bayi baru dilahirkan meninggal dunia

DELHI – INDIA. Dua doktor dari sebuah hospital swasta di Delhi dipecat kerana tersilap mengisytiharkan seorang bayi yang baharu dilahirkan mati.

Menurut laporan BBC, doktor berkenaan mengatakan mangsa meninggal dunia beberapa jam selepas kembar mangsa juga meninggal dunia sewaktu dilahirkan pada 30 November lalu.

Ibu bapa mangsa mendakwa bayi berkenaan masih hidup kerana mangsa yang telah diletakkan dalam beg mayat bergerak-gerak.

"Beg mayat bergerak-gerak" - Hospital pecat 2 doktor yang silap isytihar bayi baru dilahirkan meninggal dunia

“Beg mayat bergerak-gerak” – Hospital pecat 2 doktor yang silap isytihar bayi baru dilahirkan meninggal dunia

Ketika itu, mangsa sedang menjalani proses untuk dikebumikan.

Mangsa kemudian dihantar ke sebuah hospital lain dan disahkan masih hidup.

Hospital tersebut mengatakan pemecatan kedua-dua doktor dibuat selepas ‘berbincang dengan pakar’.

“Ketika ini inkuiri dari kumpulan pakar dari Jawatankuasa Perubatan India masih lagi dalam proses, kami membuat keputusan untuk memecat kedua-dua doktor,” kata kenyataan dari hospital berkenaan.

Insiden berkenaan adalah yang kedua berkaitan kecuaian doktor hospital swasta.

Bulan lepas, seorang gadis maut akibat demam denggi selepas sebuah hospital mengenakan kadar bayaran tinggi dan ibu bapa mangsa tidak mampu membayarnya.

Sumber: Sinar



Sumber “Beg mayat bergerak-gerak” – Hospital pecat 2 doktor yang silap isytihar bayi baru dilahirkan meninggal dunia

Related Posts :

0 Response to "“Beg mayat bergerak-gerak” – Hospital pecat 2 doktor yang silap isytihar bayi baru dilahirkan meninggal dunia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect