Umno Youth leader Khairy Jamaluddin speGenerasi muda mesti mendekati pembuat dasar dan bersuara tentang isu yang dirasakan penting untuk hari esok, kata Khairy Jamaluddin. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 3 Dis — Generasi muda perlu membawa suara yang lebih lantang dalam mengemukakan permintaan kepada kerajaan untuk pertimbangan berkenaan cabaran global yang mungkin mengancam keselamatan semua rakyat Malaysia pada masa depan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berpendapat bahawa keselamatan menyeluruh adalah mengenai keselamatan pada masa akan datang, justeru penting untuk mereka mendekati pembuat dasar dan bersuara tentang apa yang mereka rasakan penting untuk hari esok dan perkara yang perlu ditangani masa kini, kerana ia akan memberi kesan yang lebih pada kehidupan mereka.
“Terdapat banyak gangguan di luar sana yang mana kita tidak menjangkakannya langsung.
“Saya percaya anda memerlukan platform politik yang menawarkan kita keistimewaan terlibat dalam pembuatan dasar... bagi melihat dan bersedia untuk masa depan anda semua serta generasi Malaysia yang mengikuti kita mulai hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Wacana Belia Antarabangsa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Program sehari itu diadakan bersempena dengan Perhimpunan Agung Umno 2017 yang akan membuka tirai pada Selasa.
Khairy berkata Malaysia, dalam hal ini, menawarkan platform yang dinamakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengumpul aspirasi dan suara golongan muda hari ini untuk 2050.
Beliau berkata menerusi program itu, kerajaan dapat mencapai hampir dua juta belia dan menerima 60,000 aspirasi khusus dalam tempoh 10 bulan.
Antaranya, beliau berkata peserta bangkit dan menyuarakan tentang keselamatan ruang siber, alam sekitar, makanan, pekerjaan dan tenaga yang mana mereka dapat menyelaraskan keutamaan hari esok dengan keutamaan pada masa ini.
“Pada penghujung TN50, apa yang kita mahu bukan sahaja dokumen aspirasi tetapi dokumen dasar pelaksanaan yang mana kita jelas sekiranya menjelang 2050 (sebagai contoh) kita mahu menjadi negara neutral karbon, jadi kita perlu membuat dasar yang boleh dilaksanakan dan sesuai untuk kerajaan semua peringkat boleh melakukannya,” katanya. — Bernama
Sumber Anak muda perlu lantang bersuara, gesa Khairy
0 Response to "Anak muda perlu lantang bersuara, gesa Khairy"
Post a Comment