Ambulans dirempuh, pemandu wanita cedera

Bahagian depan sebuah ambulans yang kemek akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Bahau Kemayan, Jempol, 20 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Info Rakyat Dalam MalaysiaBahagian depan sebuah ambulans yang kemek akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Bahau Kemayan, Jempol, 20 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Info Rakyat Dalam MalaysiaJEMPOL, 21 Dis — Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit angin ahmar ke Hospital Jempol, dirempuh sebuah kereta.

Kedua-dua kenderaan kemek bahagian depan, dalam nahas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bahau Kemayan di sini, jam 7 55 malam tadi, lapor Harian Metro.

“Pemandu kereta seorang wanita berusia 22 tahun bersama dua lagi penumpang berusia 20-an cedera ringan,” kata ketua polis daerah Jempol.

Supt Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber Ambulans dirempuh, pemandu wanita cedera

Related Posts :

0 Response to "Ambulans dirempuh, pemandu wanita cedera"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect