Majoriti anak-anak muda zaman kini membesar dengan jenama Uniqlo. Welcome to Uniqlo!” ungkapan keramat yang akan dilontar oleh pekerja apabila anda memasuki outlet Uniqlo di Malaysia. Mastermind di sebalik jenama Uniqlo ini adalah Tadashi Yanai
Yanai, merupakan salah seorang tokoh usahawan antara yang terkaya di Jepun. Nilai harta kekayaannya adalah 15.5 billion dolar. Pada lewat tahun 2012, syarikat Uniqlo telah menjadi syarikat ke-4 terbesar dunia selepas Gap, H&M dan Zara.
Di US, mereka mempunyai 7 kedai dan mereka merancang untuk membuka 1000 lagi cawangan di negara itu pada masa hadapan. Uniqlo telah menjadi syarikat pakaian terbesar di China. Menurut perancangan, mereka juga mahu membuka 100 lagi cawangan di China.
Uniqlo telah menjadi syarikat pakaian terbesar di Asia. Namun, matlamat mereka tidak terhenti disitu dan ingin menjadi jenama pakaian nombor satu dunia.
Bermula pada tahun 1984, kini dianggarkan terdapat 1,400 cawangan Uniqlo di seluruh dunia dengan lebih kurang 30,000 pekerja bekerja di bawah branding Uniqlo ini.
#1-Belajar Dari Syarikat Terkenal Lain
Pengasasnya berkata, dia membuat kajian mengenai syarikat Gap dan menggunakan rangka model syarikat Amerika itu sebagai asas bisnes Uniqlo
Untuk menjadi jenama yang bagus, Tadashi membuat research terhadap jenama-jenama besar dunia seperti Marks & Spencer, Next, Gap, H&M dan Zara. Untuk division sukan, Nike dan Adidas turut berada dalam radar Uniqlo.
#2-Cari Individu Yang Betul Untuk Bisnes Anda
Tadashi merupakan CEO, owner, chairman dan president untuk jenama Uniqlo. Buat masa ini, beliau tidak memerlukan atau mencari pengganti kerana beliau masih mampu menjaga jenama itu.
Tadashi berpendapat masa akan menentukan segalanya di mana dia berharap suatu hari nanti, CEO Uniqlo yang akan baru akan membawa Uniqlo terus maju dalam industri fesyen dengan pasukan yang beliau akan bentuk.
#3-Berani Mengharungi Kegagalan
Kegagalan telah menjadi asam garam buat Tadashi dalam membina empayar pakaian di peringkat dunia. Uniqlo pernah berhadapan dengan situasi kegagalan di beberapa negara besar seperti di Britain, Amerika syarikat dan China..
Berfikiran positif dan membulatkan tekad untuk menuju kejayaan Tadashi mengorak langkah bangkit daripada kegagalan. Kini Uniqlo kembali dengan lebih kuat ke negara-negara ini dengan China mempunyai lebih kurang 211 outlet Uniqlo dan Amerika Syarikat dengan lebih 200 outlet di serata Amerika.
#4-Jadi Seorang Bos Yang Tegas, Tetapi Hebat
Selalunya para pekerja tidak menyukai jika bos terlampau tegas tetapi berlainan dengan cara Tadashi menguruskan pekerja.Tadashi beranggapan jika beliau tidak tegas, pekerja dan team beliau tidak akan berkembang dan improve.
Baginya, jika tiada ‘tolakan’, mereka tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Beliau mahu pekerjanya sentiasa dalam keadaan full potential ketika bekerja. Hal ini kerana, jatuh bangunnya sebuah syarikat adalah bersama dengan pasukan bukan kerja individu seorang.
#5-Tukar Prinsip Sebelum Ianya Berkubur
Tadashi sentiasa berpegang pada prinsip tukar sebelum ianya berkubur. Beliau turut memberi contoh syarikat komputer IBM pernah mengeluarkan produk mesin daging dan mesin punch card pada suatu ketika.
General Electric yang merupakan satu syarikat besar turut mempunyai produk lampu mentol. Bagi beliau, jika kamu tidak berubah, syarikat kamu tidak akan bertahan lama. Istemewanya Tadashi beliau seorang yang sentiasa belajar daripada pengalaman orang lain untuk kebaikan empayar yang dimilikinya.
Sumber 5 Tips Bagaimana Tadashi Yanai Mengangkat Empayar Jenama “UNIQLO” Bertaraf Dunia.
0 Response to "5 Tips Bagaimana Tadashi Yanai Mengangkat Empayar Jenama “UNIQLO” Bertaraf Dunia."
Post a Comment