LENGGONG: Tiga maut dan beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, jam 11 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, enam mangsa terbabit dalam kemalangan itu dan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah lori treler di persimpangan lampu isyarat ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak. Tiga maut dalam nahas itu. - Foto ihsan Bomba
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong ke lokasi kejadian.
"Kerja-kerja menyelamat dipercayai masih dijalankan dan kami belum menerima sebarang maklumat lanjut dari komander operasi disebabkan masalah talian komunikasi.
"Setakat maklumat diperoleh, tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan beberapa yang lain cedera," katanya.
Kemalangan membabitkan tiga buah kereta dan sebuah lori treler di persimpangan lampu isyarat ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak. Tiga maut dalam nahas itu. - Foto ihsan Bomba
Sumber 3 maut nahas dekat MRSM Lenggong
0 Response to "3 maut nahas dekat MRSM Lenggong"
Post a Comment