26 cedera dalam nahas dekat imigresen Woodlands

Pihak berkuasa berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 6.10 pagi dan 26 individu dihantar ke hospital. — Foto ihsan Facebook/JB TrafficPihak berkuasa berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 6.10 pagi dan 26 individu dihantar ke hospital. — Foto ihsan Facebook/JB TrafficSINGAPURA, 20 Dis — Lebih 20 orang cedera dalam perlanggaran melibatkan empat kenderaan berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands hari ini, menurut laporan Straits Times.

Laporan itu menyebut bahawa perlanggaran berkenaan berlaku kira-kira pukul 6 pagi di Woodlands Crossing melibatkan dua buah lori, sebuah bas dan sebuah kereta.

Memetik Pasukan Pertahanan Awam Singapura, laporan itu berkata 26 orang cedera dan dibawa ke hospital.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam catatan Facebooknya pada pukul 10 pagi menyatakan bahawa sebahagian lorong yang terlibat telah dibuka di Woodlands Crossing.

Dua jam sebelum itu, ICA memberitahu bahawa sebahagian lorong yang terbabit dengan perlanggaran itu ditutup kerana kesesesakan lalu lintas.

Menurut Straits Times, Pasukan Pertahanan Awam Singapura diberitahu mengenai kemalangan itu pada 6.10 pagi.

Daripada 26 yang cedera, 13 dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat, 10 ke Hospital Tan Tock Seng dan tiga ke Hospital Ng Teng Fong, katanya.

Laporan itu menyebut bahawa tiada kecederaan serius yang dikesan setakat ini dan kebanyakan mereka yang dihantar ke hospital adalah yang mengalami cedera ringan.

Berdasarkan laporan perkongsian media sosial stomp.straitstimes.com, gambar-gambar yang dikongsikan netizen menunjukkan semua kenderan terlibat memakai nombor plat pendaftaran Malaysia. — Bernama



Sumber 26 cedera dalam nahas dekat imigresen Woodlands

Related Posts :

0 Response to "26 cedera dalam nahas dekat imigresen Woodlands"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect