Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro

Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro

Barisan pelakon dan pengarah Baby Bro. (Pic: Astro Comms)

Saluran Astro First Eksklusif tampil dengan sebuah lagi Filem Televisyen (FTV) menarik, sesuai untuk tontonan seisi keluarga, Baby Bro, hasil sentuhan sutradara tersohor tanah air, Ghaz Abu Bakar. Merupakan sebuah filem komedi, Baby Bro menampilkan gandingan duo terhebat, Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

Shaheizy Sam sebagai Joe.

Baby Bro akan menemui peminat di saluran Astro First Eksklusif mulai 30 November 2017 (Khamis). Ini merupakan kerjasama kesekian kalinya di antara Ghaz, Zizan dan Shaheizy selepas kejayaan hebat Polis Evo tahun lalu. Baby Bro turut menampilkan pengantin baru, Izara Aishah serta pelakon cilik Qistina Raisah.

Zizan Razak sebagai Sham.

Selepas Polis Evo, Ghaz menggandingkan Zizan dan Shaheizy dalam sebuah lagi karya hebat. Namun, gabungan kali ini bukan untuk aksi-aksi lasak tetapi menampilkan kedua-dua hero alaf baru ini dalam kisah hiburan ringan dan komedi yang pasti akan mencuit hati seisi keluarga.

Baby Bro cukup istimewa dengan lakonan dan telatah bersahaja Zizan dan Shaheizy dalam menterjemahkan karektor komedi yang perlu berinteraksi dengan seorang bayi. Apatah lagi dengan sentuhan Ghaz, menjadikan Baby Bro sebagai sebuah karya yang sungguh menghiburkan.

Izara Aishah sebagai Munirah.

Penonton juga pasti akan teruja dengan kemunculan istimewa personaliti-personaliti cilik popular seperti Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, dan Seri Aileen Marissa, anak buah kepada Emma Maembong dalam Baby Bro.

Baby Bro mengisahkan tentang kehidupan dua orang pemuda, Sham, lakonan Zizan Razak dan Joe, lakonan Shaheizy Sam yang mencari rezeki di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya.

Komedi yang pasti mencuit hati.

Usaha memulangkan semula bayi tersebut menemui jalan buntu sehingga mereka akhirnya terpaksa menjaga bayi itu buat sementara waktu. Tanpa mereka sedari, bayi yang digelar secara mesra oleh mereka sebagai Baby D, mula disayangi seperti anak sendiri.

Kehadiran bayi tersebut juga membuka pintu rezeki kedua-dua mereka, malah mereka lebih bertanggungjawab dan faham erti sabar. Hubungan Sham dan jiran yang cukup diminatinya, Munirah, lakonan Izara Aishah, juga semakin intim dengan kehadiran Baby D.

FTV untuk seisi keluarga.

Namun, satu berita di televisyen tentang kehilangan seorang bayi mirip Baby D membongkar rahsia bahawa Baby D bukanlah anak saudara Sham seperti yang diceritakan kepada Munirah. Adakah Sham dan Joe berjaya menyembunyikan bayi tersebut? Dapatkah hubungan istimewa Sham dan Munirah bertahan? Siapakah sebenarnya dalang kepada penculikan bayi tersebut?

Zizan dan Shaheizy bertukar komedi.

Semuanya bakal terjawab pada 30 November 2017 (Khamis) ini di saluran Astro First Eksklusif (saluran 480). Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. Baby Bro juga boleh didapati di platform digital, on demand.



Sumber Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro

Related Posts :

0 Response to "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect