IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disaran membentuk pasukan khas bagi mengkaji kewujudan orang tengah yang menjadi penyebab harga barangan melebihi harga pasaran.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kerajaan khuatir orang tengah yang berperanan mengambil keuntungan melebihi daripada yang sepatutnya.
"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak hanya makanan tetapi juga melibatkan kos pengangkutan dan utiliti.
"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa dan akhirnya persepsi yang negatif serta tuduhan dibebankan kepada KPDNKK mahupun kerajaan.
"Akhirnya kebertanggungjawaban itu diletak sepenuhnya kepada kerajaan sedangkan faktor-faktor dan pemboleh ubah yang berlaku sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya, meru di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan keadaan ekonomi Malaysia semakin baik dari semasa ke semasa namun harga barangan di pasaran masih menjadi bebanan kepada pengguna.
"Indeks sektor pemborongan dan peruncitan mencatatkan peningkatan sebanyak 7.4 peratus berbanding sebelumnya dan daripada jumlah ini, subsektor perbankan runcit meningkat kepada 10.4 peratus pada suku tahun ketiga," katanya.
Sumber
Wajar tubuh pasukan khas kaji kewujudan orang tengah - TPM
Related Posts :
“Susah nak jumpo cino loghat nogori” – Ramai Terhibur Tengok Nyonya Fasih Cakap ‘Nismilan’Kalau semalam, kita orang ada share artikel pasal ramai yang terpuk4u dengan makcik penjual cakoi ni yang fasih berbahasa kant0nis, hari ini… Read More...
Buat Kejvtan Dalam Kereta, Hafreez Adam Terkenang Sambut Hari Lahir Puteri AishahHafreez Adam atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan ini memuat naik video lama bersama Puteri Aishah dan Afifah Nasir mencuri perha… Read More...
“Dia Lebih Rapat Dengan Saya Berbanding Haris” – Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi KerjaMenerusi temubual eksklusif bersama Nona, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa memberitahu dia mungkin akan membawa anaknya, Bilal ke tempat… Read More...
[Video] “Jatuh Air Mata Jantan Aku” – Kejut2 Tak Nak Bangun, Rupanya Dia Pr4nk AkuKucing sememangnya merupakan haiwan peliharaan yang paling disayangi oleh manusia. Kawan rapat yang membuatkan kita tidak pernah bosan denga… Read More...
Anak alami ‘speech delay’, tak boleh sebut perkataan bermakna… Tasha Manshahar kurangkan gajet, lebih banyak komunikasiBERKONGSI perkembangan anak, penyanyi Tasha Manshahar berkata putera sulungnya Muammar Rafiqi pernah mengalami masalah percakapan ‘speech de… Read More...
0 Response to "Wajar tubuh pasukan khas kaji kewujudan orang tengah - TPM"
Post a Comment