KUALA LUMPUR – Dua gambar memaparkan wang RM100 dan RM50 dalam jumlah yang besar dan tersebar di laman sosial sejak semalam adalah sedutan sebahagian daripada babak filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan Ogos lepas.
Viral gambar duit penuh dalam troli dan kontena, polis Klang turut terlibat rupa-rupanya…!
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata selepas membuat semakan, pihaknya mendapati gambar yang berada di laman sosial itu adalah sedutan daripada filem berkenaan.
“Pihak polis telah menghubungi Skop Production dan wakilnya telah memaklumkan gambar itu adalah sama dengan adegan dalam filem Abang Long Fadil 2.
“Sebagai makluman, gambar berkenaan dipercayai dikesan mula disebarkan sejak semalam menerusi media sosial. Anggota polis Klang juga turut terlibat dalam pengambaran tersebut,” katanya.
Shamsul Amar berkata dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai dakwaan berlakunya rampasan wang palsu dalam jumlah yang besar itu di Pelabuhan Klang. – BERNAMA
Sumber Viral gambar duit penuh dalam troli dan kontena, polis Klang turut terlibat rupa-rupanya…!
0 Response to "Viral gambar duit penuh dalam troli dan kontena, polis Klang turut terlibat rupa-rupanya…!"
Post a Comment