UMT sumbang wakaf tunai RM1 juta

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyumbangkan wakaf tunai berjumlah RM1 juta untuk Skim Wakaf Tunai Terengganu, hasil sumbangan warga UMT dan komuniti setempat.

Penyerahan wakaf tunai itu disempurnakan Canselor UMT yang juga Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu, Datuk Shaikh Harun Ismail pada majlis santapan sempena Konvokesyen Ke-15 UMT di sini, malam tadi.

Majlis penyerahan itu disaksikan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis santapan itu.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Ismail.

Canselor UMT, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah menyampaikan replika cek wakaf tunai RM1 juta sumbangan UMT kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu, Datuk Shaikh Harun Ismail sambil disaksikan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aeini Mokhtar.

Sempena majlis itu, Sultanah Nur Zahirah turut berkenan melancarkan buku Ikan Lut Sinar terbitan bersama Unit Penerbitan UMT dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

UMT turut menerima penajaan berbentuk geran berjumlah RM150,000 sumbangan RHB Islamik Bank.

Sementara itu, Dr Nor Aieni berkata, UMT menambah koleksi kejayaannya apabila tersenarai antara 30 universiti awam yang mendapat penarafan universiti dan kolej universiti lima bintang di negara ini.

Katanya, penarafan lima bintang itu diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, kelmarin.

"Selepas 15 tahun penubuhannya, UMT berjaya melaksanakan setiap agenda pembangunan fasiliti, memperkasa program pengajian dan penyelidikan seperti dirancang serta dipertanggungjawabkan kerajaan.

"Dari aspek penyelidikan, UMT kini memfokuskan beberapa kajian termasuk penternakan kuda laut, belagas dan ketam bakau di Setiu," katanya.

Dr Aieni berkata, hasil penyelidikan dilakukan, UMT berjaya mendokumentasikan segala penemuan dan penyelidikan serta memenangi beberapa Anugerah Buku Negara 2017 termasuk buku Ikan Lut Sinar.



Sumber UMT sumbang wakaf tunai RM1 juta

Related Posts :

0 Response to "UMT sumbang wakaf tunai RM1 juta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect