KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi susulan tular kejadian ikan terdampar di pantai dan ramalan gempa bumi besar di perairan berkenaan.
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.
"Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan yang kononnya menunjukkan akan berlaku bencana pada hujung tahun ini.
Turut tular surat seorang profesor yang mendakwa memiliki persepsi deria tambahan yang dihantar kepada Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memberi amaran bahawa gempa bumi besar akan melanda Lautan Hindi bulan depan.
Alui berkata MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.
-- BERNAMA
Sumber
Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi
Related Posts :
Presiden Trump, PM Najib berbincang di White House
WASHINGTON DC: Perbincangan Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di White House dalam … Read More...
(FOTO) Penampilan Adik Alif Aziz, Aisyah Aziz Pula Jadi Tumpuan...Sampai Ibu Sendiri Terkejut(FOTO) Penampilan Adik Alif Aziz, Aisyah Aziz Jadi Tumpuan...Sampai Ibu Sendiri Terkejut
Adik Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz sekali lagi m… Read More...
Persiapan Kahwin Erra Fazira, Ini Komen Shahir AFPersiapan Kahwin Erra Fazira, Ini Komen Shahir AF
Umum kini mengetahui hubungan akrab yang terjalin diantara Shahir dan Erra Fazira.
Nam… Read More...
Trio MCN mudah aibkan Celtic
GLASGOW: Neymar, Kylian Mbappe dan Edinson Cavani masing-masing menjaringkan gol buat Paris Saint-Germain (PSG) ketika mereka membelasah Ce… Read More...
Bekas Isteri Tampil Hentam Nedim, Dakwa Guna Anak Untuk Kepentingan Diri, Untuk Raih PerhatianBekas Isteri Tampil Hentam Nedim, Dakwa Guna Anak Untuk Kepentingan Diri, Untuk Raih Perhatian
Suami Nora Danish, Nedim Nazri ada m… Read More...
0 Response to "Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi"
Post a Comment