KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tidak pernah menghubungi mana-mana pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Lembaga TH dalam satu kenyataan berkata peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.
"TH telah menerima aduan daripada pendeposit, terdapat sindiket yang menyamar sebagai kakitangan TH telah menghubungi mereka dan memaklumkan berlaku transaksi pindahan wang dari akaun TH kepada pihak ketiga melalui sebuah bank komersial tempatan.
Untuk melakukan pengesahan transaksi tersebut, pemanggil memaklumkan akan mengalih panggilan tersebut ke Balai Polis Kota Kinabalu, di mana pegawai balai akan mendapatkan maklumat akaun pendeposit," kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, TH menasihatkan para pendeposit agar tidak mudah percaya sekiranya menerima panggilan telefon yang mendakwa sebagai kakitangan TH berhubung transaksi pemindahan wang.
Para pendeposit juga dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menuruti arahan pemanggil atau mendedahkan maklumat akaun mereka kepada orang tidak dikenali.
Pendeposit boleh menghubungi talian 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Sumber
Tabung Haji nafi hubungi pendeposit bagi sebarang transaksi pemindahan wang
Related Posts :
Senarai 10 pekerjaan gaji termasyuk tahun iniMEREKA yang bekerja dalam sektor kejuteraan, teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan menerima gaji paling banyak di negara ini, menurut k… Read More...
Cuai berkonvoi motosikal, NGO mohon maaf kepada rakyat ThailandPaparan skrin Youtube yang menunjukkan laporan berita Thailand tentang konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia.KOTA BHARU, 2 Okt — Ke… Read More...
Mata Kim Jong-nam kabur akibat disapu cecair, kata saksiKim Jong-nam mati dibunuh di klia2 13 Februari lalu. — Foto ReutersSHAH ALAM, 2 Okt — “Sir, walk slow, my eyes blur, cannot see,” itulah yan… Read More...
Wow, kedai berkonsepkan 90-an ini pasti bawa anda kembali ke zaman kanak-kanak, throwback habis!
Wow, kedai berkonsepkan 90-an ini pasti bawa anda kembali ke zaman kanak-kanak, throwback habis!
Pada yang lahir pada tahun 1980 hingga 19… Read More...
Cemas! Kepala bayi dah keluar, wanita ini terpaksa bersalin dalam lifSETIAP wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza dan tidak mungkin sama. Setiap orang ada ceritera yang berbeza.
Tidak akan ada yang… Read More...
0 Response to "Tabung Haji nafi hubungi pendeposit bagi sebarang transaksi pemindahan wang"
Post a Comment