Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di HKL

Timbalan perdana menteri memuat naik gambar beliau bersama isteri melawat Anwar di Twitter dan Facebooknya sambil mendoakan bekas ketua pembangkang itu cepat sembuh.

zahid_anwar1

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lepas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini. Semoga beliau cepat sembuh,” katanya dalam catatan di Twitter dan Facebook.

Turut dimuat naik sekeping gambar beliau bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat Anwar di HKL.

Pada 22 September lalu, Anwar yang mendapat rawatan untuk masalah kesihatannya di HKL, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya.

Najib dan Rosmah ziarah Anwar di HKL

Pembedahan bahu Anwar berjaya, kata keluarga


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di HKL

Related Posts :

0 Response to "Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di HKL"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect