Kecoh bila dikatakan beberapa orang penyanyi yang menjayakan persembahan ketika Sukan SEA dua bulan lalu, hanya menerima separuh bayaran sahaja.
Kosmo melaporkan salah seorangnya darinya, Jaclyn Victor turut mendakwa hanya menerima 50 peratus bayaran daripada Memories Entertainment, iaitu syarikat yang menguruskan acara persembahan temasya itu.
Sudah tentu ia sangat mengecewakan kerana pihak penganjur dikatakan sudah berjanji akan membayar bakinya tidak lama selepas itu. Namun sehingga kini masih tiada ‘bayang’ pun.
“Saya masih tak terima bayaran penuh persembahan Sukan SEA” – Jaclyn Victor
Foto: Her World
“Perkara ini benar-benar mengecewakan kerana pihak penganjur telah berjanji untuk membayar bakinya seminggu selepas persembahan.
“Jika diikutkan mereka sudah melanggar syarat kerana bayaran penuh perlu diselesaikan tiga hari sebelum persembahan berlangsung,” ujar Jaclyn.
Lebih mengharukan Jaclyn ketika itu masih dalam keadaan berpantang kerana baru sahaja enam hari melahirkan anaknya.
Katanya lagi dia meneruskan persembahan pada temasya itu atas dasar percaya.
Dalam pada itu, Memories Entertainment enggan membuat sebarang kenyataan berhubungan hal itu.
Via: CARI
Sumber “Saya masih tak terima bayaran penuh persembahan Sukan SEA” – Jaclyn Victor
0 Response to "“Saya masih tak terima bayaran penuh persembahan Sukan SEA” – Jaclyn Victor"
Post a Comment