Dua pegawai SPRM didapati politif dadah dalam ujian saringan air kencing selepas mereka ditahan di sebuah pusat hiburan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 10 Nov — Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields tengah malam tadi.
Timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata kedua-dua pegawai berusia 33 dan 35 tahun itu ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dalam satu pemeriksaan ujian saringan air kencing.
“Saya mengesahkan bahawa dua pegawai SPRM ditahan dan mereka telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Azam berkata pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan mahu tindakan undang-undang diambil segera kepada mana-mana pegawai SPRM yang terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata SPRM sebagai sebuah badan yang berintegriti tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya yang melakukan kesalahan jenayah. — Bernama
Sumber Positif dadah, dua pegawai SPRM ditahan ketika berhibur
0 Response to "Positif dadah, dua pegawai SPRM ditahan ketika berhibur"
Post a Comment