Penuntut UTM Kini Berbangga Jadi Komuniti 'Cashless' Pertama

Penuntut UTM Kini Berbangga Jadi Komuniti 'Cashless' Pertama

Penggunaan Boost kini diperluaskan hingga ke Pasar Malam. Tidak perlu bawa wang tunai selepas ini. (Gambar: Boost)

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebelum ini ada menyuarakan misinya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai komuniti ‘cashless’ menjelang tahun 2050.
 
Ada yang menyokong hasrat ini dan tidak kurang juga yang salah faham berhubung maksud 'cashless' sehingga ia menjadikan isu hangat dalam kalangan masyarakat.

Namun, dari sudut positifnya kini ramai rakyat Malaysia lebih memahami apa maksud sebenar 'cashless'.

KAMPUS 'CASHLESS' PERTAMA

UTM berkerjasama dengan Boost untuk mewujudkan 'Cashless Campus'.
Bagi menyokong hasrat KJ itu, satu aplikasi baru diperkenalkan sejajar melangkah setapak kehadapan dengan mewujudkan budaya baru dalam komuniti di kampus universiti.

Aplikasi ‘mobile wallet’ atau dompet digital yang dikenali sebagai Boost diumumkan hasil kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mewujudkan kampus ‘cashless’.
 
Dengan termeterainya kerjasama ini, UTM menjadi Institut Pengajian Tinggi (IPT) pertama di negara ini yang menggunakan transaksi era digital. Sebagai institusi yang meneraju sektor kejuruteraan dan teknologi, UTM berjaya memecah tradisi pembayaran konvensional sedia ada.
 
MANFAAT 25,000 PENUNTUT

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Christopher Tiffin menunjukkan aplikasi Boost yang menawarkan perkhidmatan dompet digital.
Menerusi kerjasama ini, sebanyak 25,000 penuntut UTM termasuk di Kuala Lumpur dan Skudai, Johor akan menikmati fungsi terbaru ini untuk melakukan pembayaran di dalam kampus.

“Kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Boost bagi membolehkan pelajar kami menikmati gaya hidup digital yang lebih menyeronokkan dan lancar,” ujar Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Professor Dr Azlan Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
 
APA ITU 'CASHLESS'?
 
Secara umumnya, ‘cashless’ dilihat sebagai alternatif pembayaran wang tunai dalam setiap urusan perdagangan. Kaedah pembayaran atau transaksi lama digantikan menerusi sistem elektronik yang lebih canggih seperti 'e-payment', kredit dan debit kad atau secara dalam talian (online).

Sebagai contoh, aplikasi Boost yang dibangunkan Axiata Digital ini menggabungkan keperluan seharian pengguna dengan arus perubahan teknologi semasa.
 
Adanya aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pembayaran lebih mudah, cepat, dan selamat. Selain itu juga, anda boleh menikmati ganjaran sepanjang transaksi pembayaran dilakukan.

Pengguna Boost boleh membayar setiap pembelian yang disediakan di mesin atau premis sedia ada yang menyokong aplikasi ini. Tidak perlu membawa wang tunai ataupun kad debit. Selain itu, ia turut boleh digunakan untuk pembelian makanan di ‘food trucks’ dan pasar malam terpilih.

Anda boleh memuat turun aplikasi Boost di Play Store untuk Android dan App Store bagi pengguna iOS.
 



Sumber Penuntut UTM Kini Berbangga Jadi Komuniti 'Cashless' Pertama

Related Posts :

0 Response to "Penuntut UTM Kini Berbangga Jadi Komuniti 'Cashless' Pertama"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect