HIDUNG mancung bintang pop terkenal dunia, Janet Jackson ketika penampilannya di sebuah majlis baru-baru ini kelihatan sperti 'tenggelam', membuatkan peminat ratanya terkejut dengan perubahan tersebut.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu All For You itu telah membuat penampilan di gala karpet merah di New York, Amerika Syarikat pada minggu lepas.
Namun yang menjadi perbualan hangat peminat ialah perubahan ikonik pada hidung penyanyi berusia 51 tahun itu.
Pakar bedah plastik, Dr Matthew Schulman berkata hidungnya seperti terdapat beberapa keruntuhan pada struktur hidung dan lubang hidung.
"Ini mungkin hasil daripada pelbagai prosedur pembedahan terdahulu yang menyebabkan kecederaan kepada tulang rawan yang menyokong hidung," katanya dipetik portal Page Six.
Menurut portal berkenaan, pada tahun 2006, Janet telah memberitahu kepada sebuah rancangan televisyen, Extra bahawa beliau telah membuat pembedahan hidung sewaktu berumur 16 tahun dan ianya bukan lagi rahsia.
"Adakah saya akan buat (pembedahan) lagi? Itu saya tidak tahu. Saya pernah lihat ramai wanita di mana hidung mereka ditarik semula dan ianya tidak terlalu comel.
"Tetapi saya beritahu kamu sekarang, tanya saya lagi dalam tempoh 20 tahun akan datang," kata Janet.
Di majlis berkenaan, Janet Jackson menerima Anugerah Ikon Muzik OUT100.
Sumber
Peminat risau hidung Janet Jackson 'tenggelam'
Related Posts :
"Perlu Ke Saya Pulangkan Balik Qayyum, Ibu Kandung Qayyum Tampil Pada Kali Ini"
Menerusi entri terbaru Datin Shahida dalam laman instagram nya, difahamkan ibu kepada Qayyum meluahkan perasaan pada datin dengan penjela… Read More...
'Saya yang sengaja nak usik dia,bukan dia yang biadab dengan saya' - Dituduh biadab, suami tampil pertahankan isterinya
Baru-baru ini viral di media sosial video seorang isteri sedang merakam video tutorial memakai tudung didakwa 'biadab' atau 'kurang aja… Read More...
Abang aku ni alim sikit, kira geng masjid la. Mak suruh kawin, dia tak bantah sepatah pun. dia ikutkan je. Tapi sehingga hari ini dia tak pernah sentuh wife dia.aku pelik.. rupa-rupanya..
Abg aku ni alim2 sikit, kire geng2 masjid. Mak suruh kawen, dia kawen. Tp langsung tak sentuh isteri dia.
Hello semua, Selamat Hari Raya,… Read More...
Alhamdulillah, Atlet Wushu Lindswell Kwok Akhirnya Dapat Hidayah Dan Peluk Islam...
Hidayah mutlak milik Allah dan manusia hanya mampu menjemputnya. Hidayah itu pulalah yang didapatkan oleh Atlet Wushu asal Medan Lindswel… Read More...
'Yang Kau Bawa kanak-kanak kenapa? Akal mana akal?' Netizen kesal tindakan peserta #Himpunan812
KUALA LUMPUR: Netizen luah rasa kesal apabila peserta yang menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa… Read More...
0 Response to "Peminat risau hidung Janet Jackson 'tenggelam'"
Post a Comment