Pati komplot culik, minta wang tebusan RM45,000

Polis menyelamatkan mangsa yang ditemukan di sebuah premis perniagaan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan. ― Paparan skrin GooglePolis menyelamatkan mangsa yang ditemukan di sebuah premis perniagaan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan. ― Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 14 Nov ― Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung kes seorang lelaki warga Bangaladesh diculik di daerah Iskandar Puteri di sini, bagi mendapatkan wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata ketiga-tiga suspek, seorang daripadanya lelaki warga asing ditahan di sebuah restoran di Semenyih, Selangor.

Katanya, penahanan itu susulan laporan diterima daripada anak saudara mangsa pada kira-kira 6.21 petang Ahad lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

“Suspek telah menghubungi pengadu menggunakan telefon bimbit mangsa yang mengatakan bapa saudaranya diculik sebelum meminta wang tebusan berjumlah RM45,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun bank suspek sebelum 2 petang.

“Pengadu juga diugut oleh suspek akan membunuh mangsa sekiranya gagal membayar wang tebusan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan daripada tangkapan itu, katanya polis turut menyelamatkan mangsa berusia 41 tahun itu yang ditemukan di sebuah premis perniagaan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan.

Noor Hashim berkata modus operandi suspek adalah memperdayakan mangsa dan menculiknya.

Katanya polis turut merampas dua buah kereta, 10 buah telefon bimbit, sebuah buku akaun bank dan serangkai kunci daripada suspek.

“Suspek warga asing yang juga pendatang asing tanpa izin direman selama 14 hari manakala dua suspek warga tempatan direman selama empat hari bermula hari ini bagi siasatan,” katanya. ― Bernama



Sumber Pati komplot culik, minta wang tebusan RM45,000

Related Posts :

0 Response to "Pati komplot culik, minta wang tebusan RM45,000"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect