Insiden itu mendapat perhatian meluas di media sosial baru-baru ini susulan populariti kucing itu yang melonjak bukan sahaja kerana ia milik Ardern tetapi juga kerana keunikan haiwan itu yang memiliki enam jari kaki.
Ardern mengumumkan kematian Paddles pada Rabu di Instagramnya, sekaligus menyebabkan ramai pecinta haiwan berkenaan terkejut dan berasa sedih.
Paddles mula masyhur di media sosial ketika Ardern mengambil alih kepimpinan Parti Buruhnya pada usia 37 tahun, Ogos lalu.
Akaun berkenaan berjaya menarik 11,000 pengikut.
Hashtag #Prrpforever turut diwujudkan pengikutnya khas bagi memberi ucapan takziah ke atas kematian kucing kesayangan New Zealand itu.
BACA: New Zealand's Prime Moggy, Paddles the six-toed cat, meets an untimely end
Sumber Netizen sebak, kucing 'enam jari' milik PM New Zealand mati dilanggar kereta
0 Response to "Netizen sebak, kucing 'enam jari' milik PM New Zealand mati dilanggar kereta"
Post a Comment