Nasir Search tak jadi kahwin: “Perbezaan budaya, bahasa dan pemikiran antara faktor”

Pemain gitar bes kumpulan Search, Nasir Daud, 57, mengesahkan sudah membatalkan rancangan perkahwinannya dengan wanita dari Labuan, Henna Hassan, 36, yang sepatutnya berlangsung Disember depan.

Katanya, perbezaan budaya, bahasa dan pemikiran antara faktor menyebabkan perhubungan mereka semakin renggang, selepas hanya dua bulan pertunangan dilangsungkan, iaitu pada 25 Mei lalu.

“Ya, saya tidak jadi kahwin pada hujung tahun ini. Malah, kami sudah tidak berhubung lagi. Daripada meneruskan ikatan pertunangan hingga melangkah ke alam rumah tangga ini tanpa rasa, lebih baik kami sama-sama mengakhirinya.

“Saya sendiri cuma sedar banyak perbezaan antara kami selepas dua bulan (bertunang). Tumpuan saya sekarang adalah terhadap anak-anak dan kumpulan Search yang kini tampil dengan album baharu.

“Sebelum ini pun saya sudah menduda selama lima tahun, jadi rasanya tiada masalah untuk hidup solo,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album ke-12 kumpulan rock terbabit, Katharsis, di sini, hari ini.

Nasir juga tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan mereka terlampau cepat melangkah ke fasa seterusnya.

“Kami rapat beberapa bulan dan terus ambil keputusan untuk bertunang. Saya akui agak kecewa tetapi hidup mesti diteruskan,” katanya.

Jun lalu, ramai peminat dan rakan seni terkejut apabila sebuah akhbar mendedahkan Nasir bertunang dengan seorang ibu tunggal yang juga penyanyi dari Sabah, sekali gus mendedahkan beliau sudah bercerai dengan pelakon, Suhaina Yahya, sejak lima tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan Suhaina, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Najmi Ratna Anati, 26, dan Isabella Ratna Dewi, 18.

 

Sumber: BH Online



Sumber Nasir Search tak jadi kahwin: “Perbezaan budaya, bahasa dan pemikiran antara faktor”

Related Posts :

0 Response to "Nasir Search tak jadi kahwin: “Perbezaan budaya, bahasa dan pemikiran antara faktor”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect