Muliakan Zionis punca mudah tuduh pengganas, kata Hadi

Hadi menempelak negara Arab terbabit kerana bersikap keras terhadap orang beriman dan memuliakan 'tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. — Foto oleh Yusof Mat IsaHadi menempelak negara Arab terbabit kerana bersikap keras terhadap orang beriman dan memuliakan 'tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 25 Nov — Penyenaraian dua organisasi Islam antarabangsa dan beberapa tokoh ternama sebagai pengganas bukan perkara yang mengejutkan, kata presiden PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tindakan beberapa negara Arab itu adalah kerana mengamalkan “politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara dalam rangkaian Mason - Zionis Antarabangsa”.

Dalam kenyataan hari ini, Hadi menyifatkan pendekatan politik negara berkenaan umpama “kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas”.

Negara itu “tiada jati diri”, membuat keputusan secara bebas berasaskan nilai mulia walau pernah melalui zaman gelap dan penindasan, tegas wakil rakyat Marang itu. 

“Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya,” kata timbalan ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (IUMS), badan terbaru yang dicop pengganas.

“Namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya,” katanya, yang menambah negara berkenaan sering “mengubah pendirian dan lemah”.

Hadi terus menempelak negara Arab tersebut yang “bersikap keras orang beriman dan memuliakan 'tetamu' Zionis melebihi saudara seagama.”

Oleh itu, beliau percaya kemuliaan negara itu akan hancur ekoran tindakan mereka mengiktiraf Zionis dan mengabaikan Palestin.

“Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam,” katanya.

Empat negara Arab dilapor menyenaraikan IUMS, diketuai Dr Yusuf al-Qaradawi dan Majlis Islam Antarabangsa (IIC) sebagai pengganas dan menjaga aktiviti berkaitan keganasan.

Mereka, yang memutuskan hubungan dengan Qatar pada Jun, juga menyenaraikan 11 individu termasuk pemangku pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ezzat Ibrahim sebagai pengganas.



Sumber Muliakan Zionis punca mudah tuduh pengganas, kata Hadi

Related Posts :

0 Response to "Muliakan Zionis punca mudah tuduh pengganas, kata Hadi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect