Mimpi ulama berjubah, lelaki masuk Islam

Pasangan Muhammad Amirul Sun dan Norita Deraman (depan, kiri) di Majlis Persandingan Perdana di Melaka. — Foto ihsan Facebook/IPC Kongsi Info Pasangan Muhammad Amirul Sun dan Norita Deraman (depan, kiri) di Majlis Persandingan Perdana di Melaka. — Foto ihsan Facebook/IPC Kongsi Info MELAKA, 27 Nov — Seorang ahli perniagaan, yang diserang strok, bermimpi didatangi "ulama berjubah" sehingga mendorongnya memeluk Islam.

Ulama seperti "orang dahulu kala" yang mengajar sesuatu itu, walau tidak jelas, mendorong Muhammad Amirul Sun, 52, bertukar agama.

Beliau terlantar di hospital dua minggu pada Jun, lapor Harian Metro.

"Dalam mimpi itu, dia mengajar saya sesuatu," kata duda itu dalam Majlis Persandingan Perdana anjuran Majlis Agama Islam Melaka kelmarin.

"Tetapi tidak jelas dan mencari-cari makna apa yang diperkatakan ulama itu hinggalah saya memeluk Islam Ogos tahun lalu."

Muhammad Amirul, yang menduda dalam tempoh yang lama, kini bertemu jodoh dengan Norita Deraman, 39, rakan kongsi perniagaannya.

"Sudah lama saya berniat mahu berkahwin dengan rakan kongsi perniagaan hingga saya peluk Islam dan rakan saya setuju berkahwin, hari ini [Sabtu] kami bersanding," katanya.



Sumber Mimpi ulama berjubah, lelaki masuk Islam

Related Posts :

0 Response to "Mimpi ulama berjubah, lelaki masuk Islam"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect