Makan Percuma, Kenny Rogers Belanja

Alangkah indahnya jika kita masih menjadi calon SPM untuk tahun ini. Banyak usaha dilakukan bagi memastikan mereka ini dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tenang dan selesa tanpa ada gangguan lain yang boleh menjejaskan pencapaian mereka.

BACA: Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free

Sumber dari missyblurkit.com

Bayangkan jika anda dapat makan Kenny Rogers pada waktu rehat tengahari. Memang rasanya setiap hari tak sabar nak jawab peperiksaan dan bersemangat nak pergi sekolah!

Sumber dari cintailmupecinta.blogspot.my

Sebuah sekolah di Kuala Lumpur, SMK Aminuddin Baki bersepakat untuk menyediakan makanan percuma seperti itu untuk 190 pelajar tingkatan lima yang sedang sibuk menduduki peperiksaan terbesar SPM.

Sumber dari turner.com

Bukan itu sahaja, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga menyediakan Subway untuk mereka nikmati. Pihak PIBG menghabiskan kira-kira RM20,000 untuk sarapan dan makan tengahari bagi memastikan semua calon dapat fokus terhadap pelajaran.

Jumlah sumbangan tersebut akan digunakan untuk menampung lebih 30 jenis rancangan menu termasuklah daripada Kenny Rogers dan Subway untuk makan tengahari. Manakala, menu untuk sarapan pula terdiri daripada makaroni, cheese tart, bihun goreng serta air minuman Milo.

“Matlamat kami adalah untuk pelajar-pelajar terus memberi tumpuan dan memberi motivasi serta semangat kepada mereka semasa menjawab soalan-soalan SPM” kata pengerusi PIBG, Wan Zaidi Wan Jaafar.

Di samping itu, dengan menyediakan makanan yang sihat serta mepunyai nutrisi tinggi seperti ini dapat mencegah para pelajar daripada keracunan makanan lebih-lebih lagi ketika menjawab peperiksaan penting seperti SPM.

Walau apapun, peranan PIBG penting bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah mereka dapat mencapai gred terbaik melalui idea sebegini seterusnya menjadikan pencapaian sekolah meningkat, kan?

ARTIKEL BERKAITAN:
Restoran Tambah Percuma Tolong Pelanggan Berjimat
Hafal 30 Juzuk Quran, Makan Free Selamanya
Roti Canai Hijau Kuning Percuma Sempena Bola

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq?

Related Posts :

0 Response to "Makan Percuma, Kenny Rogers Belanja"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect