Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melintasi landasan dirempuh kereta api mengakibatkan seorang lelaki maut, 31 Oktober 2017. — Foto ihsan Facebook/Linda M Noor PAPAR, 1 Nov — Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dirempuh kereta api ketika melintasi landasan.
Jumar Talib, 50, dikatakan tidak sedar kehadiran kereta api dari Papar menuju ke Beaufort sebelum kenderaan yang dipandunya diseret 15 meter, lapor Kosmo!.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Papar, rakannya Akob Tamsi, 50, cedera manakala dua lagi di bahagian belakang sempat melompat dalam kejadian jam 4.29 petang semalam.
Ketua polis daerah Papar berkata mangsa dan tiga rakannya baru pulang bekerja selepas membina tiang pencawang elektrik di Ulu Kimanis, Jalan Keningau.
DSP Ladamah Sulaiman berkata landasan di Kampung Mandahan tidak berpagar kawasan larangan untuk kenderaan.
Sumber Lintas landasan, lelaki maut kenderaan diseret 15 meter
0 Response to "Lintas landasan, lelaki maut kenderaan diseret 15 meter"
Post a Comment