Lemah pengurusan punca 91 peratus usahawan Bumiputera gagal

Kira-kira 91 peratus usahawan Bumiputera di negeri ini yang gagal dalam perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan. ― Foto oleh Saw Siow FengKira-kira 91 peratus usahawan Bumiputera di negeri ini yang gagal dalam perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan. ― Foto oleh Saw Siow FengTAWAU, 13 Nov ― Kira-kira 91 peratus usahawan Bumiputera di negeri ini yang gagal dalam perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Katanya, peratusan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap usahawan Bumiputera baru-baru ini melibatkan pelbagai bidang perniagaan dengan 43 peratus daripada jumlah itu melibatkan kelemahan pengurusan kewangan.

“Kelemahan pengurusan melibatkan sama ada kelemahan mentadbir, masalah interpersonal, kecuaian dan penipuan manakala kelemahan pengurusan kewangan meliputi komponen lemah dalam penyediaan akaun,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Pemprosesan Fish Ball dan Chinese Food anjuran Sedcovest Holdings Sdn Bhd di sini semalam.

Katanya, kelemahan dalam mengurus perniagaan adalah isu kritikal dan tiada erti jika mendapat pelbagai sokongan dan bantuan kerajaan atau pinjaman serta bantuan kewangan jika tidak menguasai kemampuan mengurus perniagaan secara cekap.

“Akhirnya bukan sahaja gagal dalam perniagaan tetapi hilang modal pelaburan dan wang yang dihutang untuk perniagaan tak terbayar sehingga diisytihar muflis kerana kurangnya ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Hamisa berkata, banyak keistimewaan dikhaskan kepada Bumiputera dalam usaha membantu meningkatkan perkembangan perniagaan dan pendapatan melalui ruang dan peluang yang diberikan kerajaan.

Pada majlis itu, seramai 30 peserta terdiri daripada wanita dan beliawanis menyertai kursus selama tiga hari yang bermula pada 10 November lepas.

Terdahulu, Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd Mohd Amir Karim berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan lebih banyak kursus selaras dengan permintaan wakil peserta. ― Bernama



Sumber Lemah pengurusan punca 91 peratus usahawan Bumiputera gagal

Related Posts :

0 Response to "Lemah pengurusan punca 91 peratus usahawan Bumiputera gagal"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect