Lelaki tendang wanita di jejantas Bank Negara ditahan

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang dipercayai telah menendang seorang wanita di jejantas berdekatan Bank Negara Malaysia pada Isnin lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan pondok bas Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Sentul malam tadi, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

"Suspek ditahan kira-kira jam 11.05 malam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

"Suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama dan dihukum selama tiga bulan," katanya.

BACA: Awas warga KL! Si penendang wanita sudah kembali!

Tambahnya, suspek juga memiliki rekod jenayah untuk kes ugutan, khianat dan mencederakan orang.



Sumber Lelaki tendang wanita di jejantas Bank Negara ditahan

Related Posts :

0 Response to "Lelaki tendang wanita di jejantas Bank Negara ditahan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect