SANDAKAN: Polis sedang menyiasat punca seorang lelaki tiba-tiba mengamuk ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7, di sini, Jumaat lalu.
Lelaki mengamuk pecahkan tabung dan tingkap masjid ketika jemaah sedang solat Jumaat disiasat polis
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan tabung serta tingkap kaca masjid ketika orang ramai sedang menunaikan solat.
Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditenangkan jemaah, sebelum ditangkap anggota polis yang kebetulan turut bersolat di masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan pernah mendalami ilmu keagamaan di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung dan disyaki menghadapi tekanan.
“Berdasarkan keluarga mangsa, ia kali pertama lelaki itu bertindak demikian (mengamuk di masjid).
“Polis sedang siasat punca sebenar dan setakat ini, tiada sebarang laporan rasmi dibuat pihak pengurusan masjid,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.
Dalam kes berasingan, Mohd Azhar berkata, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 18 dan 21 tahun, masing-masing di Bandar Labuk Jaya, Batu 7 dan berhampiran flat Batu 2 1/2 dalam Operasi Cegah Jenayah, malam tadi.
Katanya, kedua-dua lelaki ditahan kerana kesalahan penyalahgunaan dadah, mencuri selain tiada keterangan diri.
“Polis turut merampas tiga paket dadah jenis syabu daripada suspek kedua dan pelbagai barangan termasuk pemain cakera padat serta wang tunai dipercayai dicuri,” katanya.
Sumber: Bharian
Sumber Lelaki mengamuk pecahkan tabung dan tingkap masjid ketika jemaah sedang solat Jumaat disiasat polis
0 Response to "Lelaki mengamuk pecahkan tabung dan tingkap masjid ketika jemaah sedang solat Jumaat disiasat polis"
Post a Comment