Derma RM50,000, MB Kelantan doa banjir cepat pulih

Banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam di sekitar Bukit Mertajam, 15 Nov 2017. ― Foto BernamaBanjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam di sekitar Bukit Mertajam, 15 Nov 2017. ― Foto BernamaKOTA BARU, 5 Nov ― Kerajaan Kelantan pimpinan PAS hari ini mendermakan sejumlah RM50,000 sebagai bantuan segera kepada Pulau Pinang yang kini berdepan dengan banjir kilat.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri turut menghantar sukarelawan bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ke negeri itu.

“Pagi tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan. Melalui kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, didapati ada pusat-pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan elektrik.

“Dalam situasi sebegini, saya menyeru semua pihak agar dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mendoakan supaya keadaan banjir bertambah pulih.

Hampir keseluruhan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan hujan berlarutan hingga 5 pagi ini.

Ketika ini hampir 2,000 mangsa banjir ditempatkan di 50 pusat pemindahan banjir di lima daerah di negeri itu hingga 12 tengah hari ini. ― Bernama



Sumber Derma RM50,000, MB Kelantan doa banjir cepat pulih

Related Posts :

0 Response to "Derma RM50,000, MB Kelantan doa banjir cepat pulih"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect