Lelaki dera ibu angkat sampai mati ditahan polis

KLANG – Lelaki yang disyaki mendera ibu angkatnya sehingga mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini kelmarin berjaya ditahan polis tengah malam semalam.

Lelaki dera ibu angkat sampai mati ditahan polis

Lelaki dera ibu angkat sampai mati ditahan polis

Lelaki berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran makanan laut di Pandamaran itu ditahan pada pukul 12 tengah malam di sebuah kawasan di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ibu angkat suspek berusia 70 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 9.40 pagi kelmarin selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan.

Ujarnya, siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal bersama suspek dan isterinya mula dipukul dan didera oleh suspek sejak Mei lalu.

“Isteri mangsa bagaimanapun takut untuk memberitahu kepada keluarganya kerana suspek sering mengugut untuk membunuhnya.

“Akibat sering dipukul suspek, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital oleh isteri suspek dengan bantuan pihak ambulans pada 28 Oktober lalu.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi semalam (kelmarin) selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber: Kosmo



Sumber Lelaki dera ibu angkat sampai mati ditahan polis

Related Posts :

0 Response to "Lelaki dera ibu angkat sampai mati ditahan polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect