107 warga UPSI cemas terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Lenggong

LENGGONG – Seramai 107 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berhadapan detik-detik cemas apabila laluan ke kawasan perkhemahan mereka di Riverine Nature Camp di Kampung Ibol, Sumpitan dinaiki air setinggi tiga meter tengah hari tadi menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari lokasi tersebut.

107 warga UPSI cemas terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Lenggong

107 warga UPSI cemas terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Lenggong

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12 tengah hari itu, sebahagian laluan keluar sejauh tiga kilometer ke jalan utama Lenggong – Gerik ditenggelami air selepas hujan lebat turun sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata, pihaknya menggunakan tiga buah bot untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Seramai 22 anggota dengan dibantu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia turut berusaha menyelamatkan penduduk di Kampung Sumpitan kerana sebahagian daripada rumah penduduk ditengelami air banjir sehingga sedalam lebih tiga meter dengan arus yang laju.

“Kira-kira 10 kampung lain di sini turut terjejas akibat hujan lebat tersebut termasuk Kampung Gelok, Chain, Batu Dinding, Teluk Batu, Banggol Belimbing dan Kota Tampan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sumber: K! ONLINE

 



Sumber 107 warga UPSI cemas terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Lenggong

0 Response to "107 warga UPSI cemas terperangkap dalam banjir ketika berkhemah di Lenggong"

Post a Comment