KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai berpakaian ala pengebom bunuh diri pada 28 Okt lepas ditahan hari ini selepas dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Sana'a, Yaman itu hadir menyerah diri kira-kira 6 petang ini.
"Suspek akan direman esok dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selasa lepas, Mohd Zani berkata pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri ketika menghadiri sebuah majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara di sini, pada 28 Okt lepas,
Menurut Mohd Zani seorang penduduk di kondominium berkenaan memaklumkan kepada polis ada melihat lelaki memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.
Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Sumber
Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan
Related Posts :
Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan
Suami wajib ‘miang’ dengan isteri. Nampak isteri dari jauh kenyit mata, flying kiss, selalu ajak isteri bergurau, selalu buat lawak bagi i… Read More...
Bintang Hanya Ada 5 Bucu Di Bendera Malaysia, Pihak MABA Mohon Maaf
Sejak semalam, tular di laman sosial mengenai isu bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan.&nbs… Read More...
Isteri Lebih Cepat Mati Kalau Hari-hari Hadap Suami Yang Pemalas
Mana-mana wanita yang memiliki suami yang pemalas boleh ‘makan hati’. Hanya kesabaran demi kesabaran sahajalah yang boleh menyelamatkan ru… Read More...
Anak Ali Puteh Disahkan Meninggal Dunia
Sebentar tadi, pelawak, Ali Puteh melalui laman Instagram miliknya menyampaikan satu khabar sedih mengenai pemergian anak kecilnya, Sharif… Read More...
Jemaah Solat Subuh Penuh Masjid Macam Solat Jumaat, Inilah Masjid Paling Meriah Di Malaysia
TEMERLOH: Meriah. Itu yang dapat digambarkan suasana di Masjid Temerloh Jaya (MTJ) di sini, yang pasti penuh dengan jemaah setiap waktu so… Read More...
0 Response to "Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan"
Post a Comment