Lagu nada tinggi, Ara Johari berlatih ke AJL masa undangan

Ara tidak berhasrat menyanyikan nada lebih tinggi semasa AJL bagi membuktikan kemampuan vokalnya. — Foto oleh Yusof Mat IsaAra tidak berhasrat menyanyikan nada lebih tinggi semasa AJL bagi membuktikan kemampuan vokalnya. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 29 Nov — Terpilih ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Februari ini, penyanyi Ara Johari mahu memantapkan penguasaan vokal.

Ara, nama popular Nurfarrah Izzatie Johari, berkata undangan nyanyian menjadi medan latihannya sebelum bersaing di pentas AJL.

“Lagu Warkah Untukku sangat tinggi dan setiap kali persembahan, saya tidak turunkan ‘key’ kerana saya menganggapnya ia latihan untuk ke AJL.

“Dengan banyak persembahan, jadi semasa AJL saya tahu saya boleh buat,” katanya kepada ProjekMMO.

Warkah Untukku layak ke AJL ke-32 bersaing bersama 11 lagu lain pada Februari ini.

Bintang Akademi Fantasia 2016 ini bagaimanapun tidak hadir semasa lagu nyanyiannya diumumkan layak ke AJL.

Ditanya punca, Ara berkata beliau berdepan kesulitan yang tidak dapat dielak.

“Saya mahu pergi tetapi ada perkara yang tidak dapat dielakkan pada saat akhir, jadi saya wakilkan Akim memberi ucapan.

“Saya dapat tahu pada malam itu juga melalui panggilan teman-teman.

“Bila saya tonton rancangan ulangan, nama saya yang terakhir disebut, jantung saya seperti hendak gugur pada ketika itu,” katanya.

Ara, 20, berkata memandangkan AJL masih jauh, persiapannya kini lebih tertumpu ke arah vokal dan konsep persembahan.

Katanya, penyanyi baharu antara saingan rapatnya dalam AJL seperti Khai Bahar dan Hael Husaini.

“Dayang Nurfaizah saya lihat sebagai juara. Saingan terdekat saya ialah penyanyi baharu seperti Khai Bahar dan Hael Husaini.

“Saya pun mengagumi vokal dan persembahan mereka kerana mereka selalu berikan yang terbaik dalam nyanyian,” katanya.

Penyanyi “Bunga” juga tidak berhasrat menyanyikan nada lebih tinggi semasa AJL bagi membuktikan kemampuan vokalnya.

“Vokal saya hanya setakat itu. Saya tidak mahu terlampau tinggi kerana saya takut tidak mampu membawakan nada.

“Cuma saya akan ubah sedikit dari segi gubahan bagi menarik perhatian penonton,” katanya.



Sumber Lagu nada tinggi, Ara Johari berlatih ke AJL masa undangan

Related Posts :

0 Response to "Lagu nada tinggi, Ara Johari berlatih ke AJL masa undangan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect