KUALA LUMPUR: Malaysia memberi keyakinan penuh kepada Kuwait sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik dalaman antara Qatar dan Negara-Negara Teluk.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keyakinan kerajaan seiring ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mana Kuwait dilihat mampu memainkan peranan dalam meredakan ketegangan di antara negara berkenaan.
"Usaha untuk memastikan pendamaian telah dikenal pasti yang mana Kuwait mampu memainkan peranan selain Turki dan Amerika Syarikat bersedia untuk membantu ke arah itu (pendamaian) memandangkan isu krisis di Qatar bukan mudah serta cukup kompleks.
“Kita kena beri peluang kepada Kuwait untuk meredakan ketegangan antara Negara-Negara Teluk ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang meminta kementerian menyatakan apakah kesan lawatan Emir Qatar ke Malaysia daripada segi hubungan dua hala dan kesannya terhadap Malaysi dengan negara-negara Liga Arab yang berselisih dengan negara Qatar termasuk Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata setakat ini hubungan Malaysia dengan negara-negara Liga Arab lain tidak terjejas berikutan hubungan baik kerajaan dengan Qatar.
"Hubungan Malaysia dengan Qatar bukan hubungan baharu, ia sudah terjalin sejak sekian lama. Hubungan ini melibatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dua negara yang sudah mencecah 43 tahun," katanya.
Sumber
Kuwait mampu bantu pulih hubungan Qatar dan Negara-Negara Teluk - Hishammuddin
Related Posts :
TGV Cinemas tayang final bola sepak Sukan Sea KL2017 secara percuma!SEJAK semalam, isu penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
TGV Cinemas tayang final bola … Read More...
“Kemesraan kami bukan dibuat-buat” – Bimbang ramai tak selesa, Shuib minta Siti Sarah kurangkan kongsi saat romantis mereka di media sosialMESKIPUN pernah menasihati isterinya, Siti Sarah Raissudin agar mengawal ‘tahap kemesraan’ mereka dalam entri foto di Instagram, namun Shuib… Read More...
Final bola sepak Sukan Sea 2017: Takda tiket, lepak mamak satu kerusi RM50?PETALING JAYA: Kehabisan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan T… Read More...
“Kami sentiasa ekor anda!” – Curva off dibatalkan, sorakan Ultras Malaya bakal bergema di stadium malam ini
“Kami sentiasa ekor anda!” – Curva off dibatalkan, sorakan Ultras Malaya bakal bergema di stadium malam ini
Nampaknya perlawanan akhir b… Read More...
Viral ZurinJundi wedding planner penipu: “Kalau bayar saya, saya buat kerja, tapi kalau tak bayar saya, saya tak sebodoh itu” – Katerer beri penjelasan sedang dalam keadaan tersepitPETALING JAYA: Pengusaha katering yang dikaitkan dengan dakwaan kes tipu melibatkan perancang perkahwinan, ZurinJundi tampil memberi pe… Read More...
0 Response to "Kuwait mampu bantu pulih hubungan Qatar dan Negara-Negara Teluk - Hishammuddin"
Post a Comment