Dengan kontroversi yang timbul, Zul menganggap Zahirah hanya cuba mencetuskan isu lain dikala mereka sedang berantakan walaupun sepatutnya wanita itu menghubunginya untuk memperbaiki keadaan.

“Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Dia hanya perlu bersemuka dengan saya. Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain itu, Zul turut meluahkan rasa terkilan dan terasa hati dengan sikap kekasihnya yang terlalu mengikut hati perasaan hinga mencetuskan isu dan membabitkan orang lain. Dalam masa yang sama, Zul memaklumkan tiada perancangan untuk ke arah perkahwinan bersama Zahirah buat masa ini. (rtky/w)