Kira-kira 100 kes pecah masuk berlaku di beberapa kawasan di Klang termasuk Bandar Bukit Tinggi dalam tempoh tiga bulan. ― Paparan skrin GoogleKLANG, 22 Nov ― Sebahagian pemilik kedai sekitar sini, lebih rela barangan dicuri daripada premis dirosakkan.
Ada “merayu” dengan menampal nota kepada pencuri, selain tidak mengunci pintu kedai, lapor mStar Online.
“Pintu dibuka, tiada apa di dalam. Jangan ketuk (pecahkan) pintu” antara nota bahasa Inggeris dan Mandarin kepada pencuri.
Peniaga dikatakan rugi lebih besar jika premis rosak akibat pencuri “memotong palang pembahagi bidai premis untuk memasuki kedai”.
Jimmy Tan, mangsa terbaru, pula membiarkan bidai kedainya tidak berkunci sebagai “persediaan” tetapi pencuri tidak menyedarinya.
Kedai uniform di Taman Bayu Perdana miliknya dipecah masuk beberapa minit selepas beliau meninggalkan kedai, pagi Khamis lalu.
“Saya kehilangan RM1,000 dan sebuah komputer riba termasuk perisian bernilai RM20,000,” katanya.
Dalam kebanyakan kes, ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tony Leong berkata pencuri hanya melarikan wang tunai, komputer riba dan elektronik.
Kira-kira 100 kes pecah masuk berlaku di Bandar Bukit Tinggi, Taman Bayu Perdana, Bandar Botanic, Southern Park dan Taman Sentosa dalam tiga bulan kebelakangan ini.
Sumber Kedai tak kunci, nota ‘rayu’ pencuri tak rosakkan pintu
0 Response to "Kedai tak kunci, nota ‘rayu’ pencuri tak rosakkan pintu"
Post a Comment