KUALA LUMPUR: Berita palsu dijangka mendominasi menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dalam satu sesi santai bersama pasukan editorial Astro AWANI di Bilik Berita stesen televisyen itu di sini hari ini, beliau mengakui lebih bimbang berita palsu akan menjejaskan fabrik perpaduan sosial dalam negara.
“Awak tunggulah pilihan raya nanti, macam-macam (berita palsu). Kita bukan demokarasi matang seperti Eropah.
“Kalau berita palsu ini mensasarkan kerajaan tak apa, tetapi kalau berita palsu ini berbaur perkauman, agama. (Saya bimbang) kerana masyarakat kita amat rapuh. Beliau juga berharap rakyat Malaysia tidak mengambil apa-apa sahaja maklumat secara bulat-bulat.
Bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 67 kes penyebaran berita palsu di media sosial dari Januari hingga September tahun ini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata daripada jumlah itu, lima kes telah dibawa ke mahkamah.
Dalam tempoh sama, 1,861 laman sesawang, portal dan blog disekat kerana menyebarkan kandungan, maklumat serta berita berunsur palsu termasuk yang boleh mencetuskan kekeliruan dan menjejaskan keharmonian masyarakat.
Tonton temu bual bersama Menteri Pertahanan dan Penaung Institut Onn Jaafar's (IOJ), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam 'Agenda AWANI' pada pukul 8.30 malam ini.
Sumber
'Kalau 'fake news' sasar kerajaan tak apa, tapi ...' - Hishammuddin
Related Posts :
Janda anak dua mengaku tempah hotel bersama kekasih warga asing untuk puaskan nafsu sejak 5 tahun berceraiSeorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu … Read More...
Buaya yang berenang di Sungai Klang boleh tarik pelancong, jana RM10 juta – YDP MPKSEEKOR buaya yang berenang di permukaan air Sungai Klang berdekatan Jambatan Kota boleh menyumbang sehingga RM10 juta untuk hasil pendapatan… Read More...
“Lebih baik saya tak komen apa-apa lagi, orang suruh saya senyap” – NeelofaSelepas terpalit dengan kisah percintaan kontroversi, pelakon dan pengacara Neelofa kini mahu diberi ruang untuk meneruskan kehidupannya den… Read More...
Cikgu Ghani sedekah ayam proses dan sayur kepada orang ramai, 1300 ekor ayam habis dalam masa sejamHari ini, seawal jam 6 pagi, halaman rumah Cikgu Ghani Haron di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani telah dikunjungi orang ramai selep… Read More...
Video lelaki ini buat kejutan pada isterinya balik selepas bertahun terpaksa bercinta jarak jauh, netizen terharu lihat reaksi si isteriPerkahwinan jarak jauh adalah sesuatu yang amat memeritkan, jauh dari Kedah-KL pun dah terasa perit inikan pula berjauhan antara dua benua.
… Read More...
0 Response to "'Kalau 'fake news' sasar kerajaan tak apa, tapi ...' - Hishammuddin"
Post a Comment