Brian Scudamore digelar raja sampah yang telah menubuhkan lebih 220 francais seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, dan sekarang bernilai lebih daripada USD$100 juta. CEO 1-800-GOT-JUNK ini berhasil membangunkan bisnes bernilai ratusan juta dolar daripada sampah sarap.
Perkhidmatan penyingkiran barang buangan ini telah ditubuhkan di Vancouver, Kanada pada tahun 1989. Di awal pembabitannya dalam perniagaan ini, beliau membeli sebuah trak pengangkut dengan harga USD$700 sebagai pengangkutan.
Slogan “Kami akan menyembunyikan sampah anda dalam sekelip mata” telah menjadikan Scudamore jutawan dengan idea yang pelik.
Tim Majalah Niaga akan mengbongkar kisah Scudamore yang boleh dijadikan inspirasi oleh usahawan baru yang sedang mencari idea untuk memulakan perniagaan.
Idea Pelik Yang Menjana Pendapatan Lumayan
Scudamore mengeksploitasi peluang ini dan menzahirkan idea yang unik dan pelik sehingga menjadikan beliau jutawan. Pada tahun 1993, Scudamore menyuarakan idea ini kepada bapanya yang merupakan seorang Doktor.
Secara peribadi, bapanya tidak terlalu teruja dengan rancangan profesional anaknya, tetapi terpaksa mengalah setelah melihat kesungguhan Scudamore.
Sebulan sebelum tamat pengajian , Scudamore berhenti belajar di universiti untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sepenuh masa. Prinsipnya mudah, anda hanya perlu telefon syarikat itu, beritahu mereka anda mempunyai sampah untuk dibuang , dan mereka akan datang dan lemparkan ia jauh daripada anda!
Kuasa pemasaran dalam talian
Scudamore mengunakan sepenuhnya kuasa pemasaran dalam talian dalam melebarkan perniagaan yang diusahakannya. Melabur lebih banyak trak, mengupah pekerja hebat, dan menetapkan matlamat untuk membina jenama yang akan menjadi siulan setiap isi rumah.
Sejak tahun 1998, syarikat itu telah berkembang menjadi kira-kira 200 lokasi di tiga negara
1-800-GOT-JUNK? menjadikan perniagaan biasa penghapusan sampah luar biasa. Scudamore mewujudkan ruang dan ketenangan fikiran apabila sampah disingkirkan. Sama ada sofa yang tidak diingini, timbunan sampah isi rumah di garaj, atau gudang yang penuh dengan perabot pejabat yang tidak digunakan, 1-800-GOT-JUNK? membuangnya untuk anda.
Selaras dengan matlamat alam sekitar untuk mengalihkan barang dari tapak pelupusan, di mana mungkin, kami akan mendermakan barang-barang untuk amal dan kitar semula. Perkhidmatan hanya dihujung jari!
Tahan Mata, Telinga, Bau
Prinsipnya mudah, jika anda hendak berjaya anda perlu menahan telinga, mata dan hidung bila berada dalam perniagaan seperti ini. Begitu juga yang dilakukan oleh Scudamore.
Beliau menahan mata untuk terus celik melihat pelbagai jenis situasi yang menyakitkan ketika melakukan tugas penyingkiran, berada di bawah bauan yang kurang menyenangkan dan bunyi bising ketika proses pembersihan dijalankan.
Nah, hasilnya memberi kegembiraan buat kedua-dua pihak di mana pelanggan gembira dengan hasil kerja mereka dan Scudamore gembira dengan hasil yang diperolehinya hanya dengan sampah.
Jika anda ingin menjadi individu kaya yang menjana harta hasil mengutip sampah, anda harus mengikut cara Scudamore, jutawan raja sampah yang masih bertahan sehingga kini.
Sumber Jutawan “Raja Sampah” Peneraju Syarikat -800-GOT-JUNK
0 Response to "Jutawan “Raja Sampah” Peneraju Syarikat -800-GOT-JUNK"
Post a Comment