Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?

Sejak kebelakangan ini semakin banyak isu gejala seks bebas dan pembuangan bayi berlaku di negara ini. Pihak berkuasa seharusnya mencari jalan supaya dapat membendung isu-isu ini bagi mengurangkan jumlah kes seterusnya dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa perbuatan seperti itu sebenarnya salah.

BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Sumber dari genconnect.com

Sebuah pengendali laman sosial Facebook popular di Kelantan memberi cadangan mengagih 500 pek kondom kepada orang awam secara percuma di negeri itu.

Menurutnya, dia memerlukan sukarelawan untuk membantunya mengagihkan kondom tersebut kepada orang dan memerlukan nama serta nombor telefon penerima kondom supaya mudah untuk dia memberi kondom jika mereka memerlukannya lagi.

Walau bagaimanapun, cadangannya memberi kondom percuma itu dianggap akan lebih menggalakkan orang awam membuat seks bebas dan zina.

Disebabkan itu, tercetus perbalahan antara warga laman sosial kerana ramai yang tak setuju dengan cadangan berkenaan.

Sumber dari alhijrahmedia.com

Di samping itu, penceramah bebas, Syamsul Debat pula menganggap isu seks bebas dan pembuangan bayi bukanlah disebabkan oleh hubungan seks luar nikah semata-mata dan tak perlu memberi kondom percuma.

Tambahnya, pendekatan pendidikan seks kepada kanak-kanak dan para remaja lebih sesuai dilaksanakan berbanding cadangan kondom percuma itu.

Mungkin lain orang lain pendapatnya. Nampaknya semakin ramai yang memandang serius dan mahu mengambil inisiatif untuk membendung masalah ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang
Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?

Related Posts :

0 Response to "Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect