Paparan rakaman menunjukkan penjara garisan dikejar pemain Pikat FC pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 18 November 2017. — Foto ihsan Facebook/Bola sepak TerengganuKUALA NERUS, 20 Nov — Seorang penjaga garis dimasukkan ke hospital selepas diserang sekumpulan pemain bola sepak.
Mangsa diterajang pemain dan pegawai Pikat FC hingga rebah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak di sini, lapor Harian Metro.
Beliau turut dikejar dan dipukul selepas membatalkan jaringan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan Liga Amatur Terengganu 2017.
Namun, ketua polis daerah Kuala Terengganu berkata laporan yang dibuat kedua-dua pasukan semalam kemudian ditarik balik.
“Cuma saya dimaklumkan bahawa pengadil (penjaga garisan) berkenaan ada dimasukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar hospital semalam (kelmarin) kerana tidak mengalami kecederaan serius,” kata ACP Idris Abd Rafar.
Rakaman insiden perlawanan separuh akhir liga tersebut antara pasukan Pikat FA dan PBSMT Lanjerket FC tular di media sosial.
Sumber Diterajang pemain bola, penjaga garisan masuk wad (VIDEO)
0 Response to "Diterajang pemain bola, penjaga garisan masuk wad (VIDEO)"
Post a Comment