KUALA LUMPUR: Sepanjang minggu ini di aplikasi Raku, warga Kuala Lumpur lebih banyak mendengar lagu Baby Shark Doo Doo berbanding lagu-lagu popular lain untuk berada di tempat pertama Carta Awani Raku.
Baby Shark mengetepikan lagu-lagu popular tempatan lain seperti Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana, Kisah Ku Inginkan nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika dan juga lagu rock kapak Bunga Larangan (UG14).
Tetapi bagaimana 'demam' Baby Shark Doo Doo ini bermula?
Lagu Baby Shark Doo Doo mencecah tontonan sehingga 800 juta di YouTube sejak dimuat naik setahun lalu.
Lagu ini merupakan sebahagian daripada siri Baby Shark yang dilancarkan ‘start-up’ pendidikan Korea, SmartStudy melalui jenama Pinkfong pada 2015.
Baby Shark Doo Doo menjadi tular selepas beberapa kumpulan K-Pop seperti Girl’s Generation, Red Velvet dan Blank Pink yang membawakan lagu ini ketika persembahan di program televisyen dan juga konsert mereka.
Walaupun sudah setahun dimuat naik ke platform YouTube, namun belum ada tanda-tanda fenomena lagu ini akan reda.
Menurut laporan Forbes, 65 peratus keuntungan kandungan digital Pinkfong dijana luar dari Korea.
Syarikat itu menjangkakan pendapatan daripada YouTube akan meningkat sebanyak 30 peratus pda tahun 2017 selepas ianya menjadi kegilaan seluruh dunia.
Sumber
Demam Baby Shark tak kebah-kebah, terus-terusan 'berdoo doo'
Related Posts :
'Gosip cinta dengan Tajul, ibu kena tempias' - Wany Hasrita
Penyanyi lagu hits Menahan Rindu, Wany Hasrita merayu agar namanya tidak lagi digosipkan bercinta dengan rakan duetnya, Tajul.
Kata Wany, h… Read More...
Zarol Zarif Lahirkan Single Bertajuk Bidadari
Zarol mahu terus berada di dalam industri. (Pic: Z.Nadzri)
Boleh dikatakan hanya segelintir sahaja artis kelahiran Akademi Fantasia 2016 (… Read More...
Saya nyanyi ikut naluri, tak pandai guna 'ear monitor' - Aishah
BINTANG GegarVaganza (GV) 4, Aishah akui penggunaan alat ‘ear monitor’ sedikit sebanyak mengganggu persembahannya.
Menurut Aishah, 5… Read More...
#SongSongCoupleWedding : Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dah kahwin!PELAKON drama Korea popular, Descendants of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup pada Sela… Read More...
Marsha tunai umrah, peminat doa istiqamah berhijabPENYANYI dan pelakon Marsha akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami dan keluarganya hari ini.
Marsha at… Read More...
0 Response to "Demam Baby Shark tak kebah-kebah, terus-terusan 'berdoo doo'"
Post a Comment